Kerjaya Firdaus Abdullah

Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan Malaysian Civics kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Pada 1979, beliau mewakili Gapena memghadiri Persidangan Antarabangsa Kedua Sastera Kanak-Kanak dan Belia di Moscow, Rusia ; Seminar Ekonomi Asia di Tokyo ; Seminar Tamadun Islam di Kuala Lumpur dan Seminar Koperasi Pengguna di Tokyo (1985).

Dia aktif dalam persatuan penulis seperti PENA dan Gapena sebagai AJK. Beliau juga aktif dalam Persatuan Sains Sosial Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau terlibat sebagai pelakon dalam filem Esok Masih Ada arahan Dato Jins Shamsuddin.